Wednesday, 21 December 2011

PARTI 2011

Adat setiap tahun , Kelab Petah Bicara akan mengadakan parti sekaligus meraikan kakak-kakak tingkatan 5 sepanjang mereka berada di dalam Kelab Petah Bicara . Parti yang diadakan pada hari Jumaat , 28 Oktober 2011 , dihadiri oleh guru-guru pembimbing serta yang diraikan , kakak- kakak tingkatan 5 . Parti tersebut juga diadakan bagi melantik kapten baru bagi sesi 2011/2012 .

Adik-adik Tingkatan 1

Petah Bicara Tingkatan 2

Kapten Debat Sesi 2010/2011 , Fatin Aizaa Azhar

Kapten Sesi 2011/2012, Edda Nadira Hanafi

 Jurulatih Pasukan Debat , Abang Amal

Parti tersebut berjaya dilaksanakan dengan sempurna . Terima kasih kepada pihak yang terlibat .

UIAM 2011


BARISAN PENDEBAT

SERI AMALINA-Pendebat ketiga/pertama/penggulung
EDDA NADIRA-Pendebat kedua/ketiga/penggulung
WAN SAFRAA NASUHA-Pendebat pertama/kedua
SOFEA ZAFIFFY-Simpanan

KEPUTUSAN

PUSINGAN PERTAMA
SSP menang lima daripada enam perdebatan
Kalah kepada MCKK.
Perdebatan berlangsung dengan sengit walaupun SSP akhirnya kalah.
SSP berjaya menduduki tangga ke lapan sekaligus terus ke peringkat Octo Final.


Selepas Octo Final SSP bertemu SDAR dengan usul
PEMBANGUNAN LESTARI HANYA UNTUK NEGARA MAJU

SSP kerajaan SDAR pembangkang
Ramai penyokong dari sekolah lain datang untuk memberikan sokongan
kepada kedua-dua pasukan.Perdebatan sekali lagi 
berlangsung dengan begitu sengit seperti yang telah dijangkakan dan
ketika ketua juri mengumumkan keputusan,beliau juga mengatakan 
bahawa sukar untuk bagi para hakim untuk membuat keputusan kerana
perdebatan terlalu sengit dan seumpama melihat perdebatan akhir.







SSP vs MCKK




Walaupun SSP tidak berjaya ke pusingan akhir namun pengalaman yang ditimba lebih berharga 

Tuesday, 20 December 2011

KEPUTUSAN HARI KECEMERLANGAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH @ KOLEJ TUNKU KURSHIAH

Kalah dan menang memang adat pertandingan.Namun usaha harus diteruskan dan SSP pastinya tidak akan kalah mudah begitu sahaja.

PUSINGAN PERTAMA
ALHAMDULILLAH,SSP menjuarai ketiga-tiga perdebatan

PUSINGAN KEDUA
SSP sekali lagi mengungguli pentas perdebatan dengan menjuarai perdebatan antara SAINA

PUSINGAN SUKU AKHIR
SSP terpaksa akur dengan kekalahan menentang INTEGOMB.Walau bagaimanapun SSP tidak dikalahkan dengan mudah sebaliknya perdebatan tersebut terlalu sengit dan perbezaan markah antara kedua-dua buah sekolah boleh dikatakan sangat sedikit.Ini sekaligus menunjukkan perdebatan berlangsung dengan begitu sengit.