Friday 17 August 2012

Pasukan Bahas Bahasa Melayu SSP mara ke peringkat akhir PPM

Pada bulan Mei yang lalu, Sekolah Seri Puteri telah menghantar pasukan Bahas Bahasa Melayu ke Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh ke-39 di STAR, Ipoh. Pasukan terdiri daripada saudari Edda Nadira Hanafi (Kapten, 17), Seri Amalina Mohd Khair, Iwana Farzana Mohd Rosszi dan Fairuz Dalila Abdul Rashid. Pasukan SSP telah dimasukkan ke dalam kumpulan G bersama-sama SMSL, SAMURA dan SMSTFSP.

Berikut merupakan maklumat am berkenaan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu sempena HKSBP 2012 bagi edisi ke-39. 

Pusingan Awal 1
Tema : Hiburan
Skop Usul : Industri Hiburan & Hiburan dalam Kerjaya Remaja
Usul : INDUSTRI HIBURAN PILIHAN KERJAYA REMAJA.

Pusingan Awal 2
Tema : Sukan
Skop Usul : Kecemerlangan Sukan & Sukan sebagai Industri
Usul : PENGANJURAN SUKAN BERTARAF DUNIA MENINGKATKAN EKONOMI NEGARA.

Pusingan Awal 3
Tema : Pendidikan
Skop Usul : Kecemerlangan & Keseimbangan Pendidikan
Usul : PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL UNTUK SEMUA SEKOLAH.

Pusingan Kedua
Tema : Kesihatan
Skop Usul : Gaya Hidup Sihat
Usul : PRODUK KESIHATAN MENINGKATKAN TARAF HIDUP PENGGUNA.

Peringkat Suku Akhir
Tema : Ekonomi
Skop Usul : Isu Ekonomi Malaysia Semasa & Menangani Kegawatan Ekonomi
Usul : PEMBERIAN SUBSIDI PERLU DITERUSKAN.

1) Sekolah Seri Puteri (SSP) lawan Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)
2) SBPI Gopeng (IGop) lawan SM Sains Seremban (SASER)3) SBPI Gombak (INTEGOMB) lawan SBPI Kubang Pasu (SBPIKP)
4) Kolej Tunku Khursiah (TKC) lawan Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR)

Peringkat Separuh Akhir
Tema : Sosial
Skop Usul : Perpaduan, Kekeluargaan & Jati Diri Remaja
Usul : GENERASI Y BERDAYA MAJU

1) Sekolah Seri Puteri (SSP) lawan SM Sains Seremban (SASER)
2) SBPI Gombak (INTEGOMB) lawan Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR)

Peringkat Akhir
Tema : Sains & Teknologi
Skop Usul : Inovasi & Kemajuan Teknologi

Sekolah Seri Puteri (SSP) lawan Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR)


Berikut merupakan sedikit gambar ketika HKSBP 2012 yang lalu.



Doakan keyaan SSP berentap di peringkat akhir bahas PPM yang akan berlangsung di PICC pada 8 September nanti. 

"Sekali SSP memuncak, Kejayaan pasti di puncak"




Saturday 12 May 2012

Perlawanan Persahabatan Bersama STAR

Pada malam 12 Mei, pasukan bahas Sekolah Seri Puteri telah mengadakan perlawanan persahabatan bersama pasukan bahas Sekolah Tunku Abdul Rahman. Usul berbunyi `Latihan Sukan Di Luar Negara Menjamin Kecemerlangan Sukan'. Pasukan bahas Sekolah Tunku Abdul Rahman menjadi pihak kerajaan, manakala pasukan bahas Sekolah Seri Puteri menjadi pihak pembangkang. Pihak kerajaan membawa premis mereka di bawah rasional melihatkan kepadakelebihan-kelebihan latihan sukan di luar negara yang menjamin kecemerlangan sukan. Pihak pembangkang pula meminda usul dengan menolaknya di bawah rasional melihatkan kepada kekurangan-kekurangan yang ada pada latihan sukan di luar negara yang tidak boleh menjamin kecemerlangan sukan. Pendebatan tersebut merupakan pendebatan yang hangat kerana kedua-duanya bersaing dengan sengitnya sekali. Komen yang diberikan daripada guru-guru merupakan komen yang membina. Akhir kata, sekiranya ada rezeki lagi, kami amat mengalu-alukan kehadiran daripada pasukan bahas Sekolah Tunku Abdul Rahman.

Tuesday 3 April 2012

Demonstrasi debat 2012

Pada awal bulan Januari 2012, setelah kemasukan adik-adik tingkatan 1, pasukan senior debat Seri Puteri yang terdiri daripada murid-murid tingkatan 5 dan tingkatan 4 telah mengadakan demonstrasi debat bagi mempromosikan kelab debat seri puteri kepada murid-murid tingkatan 1 yang berminat untuk menyertai kelab ini. Usul yang didebatkan ialah "Pemanasan global salah negara maju".