Saturday 12 May 2012

Perlawanan Persahabatan Bersama STAR

Pada malam 12 Mei, pasukan bahas Sekolah Seri Puteri telah mengadakan perlawanan persahabatan bersama pasukan bahas Sekolah Tunku Abdul Rahman. Usul berbunyi `Latihan Sukan Di Luar Negara Menjamin Kecemerlangan Sukan'. Pasukan bahas Sekolah Tunku Abdul Rahman menjadi pihak kerajaan, manakala pasukan bahas Sekolah Seri Puteri menjadi pihak pembangkang. Pihak kerajaan membawa premis mereka di bawah rasional melihatkan kepadakelebihan-kelebihan latihan sukan di luar negara yang menjamin kecemerlangan sukan. Pihak pembangkang pula meminda usul dengan menolaknya di bawah rasional melihatkan kepada kekurangan-kekurangan yang ada pada latihan sukan di luar negara yang tidak boleh menjamin kecemerlangan sukan. Pendebatan tersebut merupakan pendebatan yang hangat kerana kedua-duanya bersaing dengan sengitnya sekali. Komen yang diberikan daripada guru-guru merupakan komen yang membina. Akhir kata, sekiranya ada rezeki lagi, kami amat mengalu-alukan kehadiran daripada pasukan bahas Sekolah Tunku Abdul Rahman.

2 comments:

  1. ceh, friendly match dengan star masuk blog bagai.
    friendly match dengan sdar takde pape news pun.
    hahaha.
    maaf yea, ini untuk Vice Captain 2012 :p

    ReplyDelete
  2. tahniah masuk final PPM..semoga berjaya

    Cikgu Shahnun, STAR

    ReplyDelete