Friday 6 November 2009

Majlis Penghargaan Dan Perpisahan

Aturcara majlis adalah seperti berikut:

Majlis telah bermula seawal 4.30 petang dengan ketibaan semua tetamu-tetamu undangan iaitu guru-guru, jurulatih dan pendebat-pendebat bahasa melayu dan inggeris daripada tingkatan 3 hingga 5.
guru-guru yang berkesempatan menghadirkan diri ialah Puan Halimatus, Puan Rosmawati, Puan Zainab, Ms.Asmiza, Ms.Farina serta Ms.Zai. Manakala jurulatih yang hadir hanyalah En.Meor,jurulatih debat bahasa inggeris.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saudari Nur Anis Shafiqah Ghazali. Sedikit gimik telah dilakukan apabila tiba-tiba semua lampu tertutup dan terdapat bunyi letupan belon di luar dan di skrin terpapar persembahan visual yang pertama.

Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan daripada guru-guru serta acara memotong kek. Selesai ucapan daripada guru-guru, kami telah diperdengarkan dengan ucapan daripada kapten 08/09, saudari Nurezzah dan saudari Azalia. Seterusnya, acara penyerahan kuasa telah dijalankan. Kapten-kapten baru telah diserahkan tag nama kapten yang digelar takhta. Kapten-kapten baru, saudari Syairah dan saudari Ameera dikehendaki menandatangani satu kontrak kapten seterusnya berikrar dan memberi ucapan. Tidak cukup dengan 3 fasa ucapan, pendebat-pendebat tingkatan 3, saudari Aizaa dan saudari Khairiyah telah memberi ucapan dan memakaikan tiara kepada pendebat-pendebat tingkatan 5.

Selesai segala macam ucapan, semua tetamu telah dihidangkan dengan makanan yang ditempah khas daripada Iza's Catering. Pendebat-pendebat tingkatan 1 telah menjadi pelayan seketika untuk menyajikan semua tetamu undangan.

Sementara semua tetamu menjamu hidangan  permainan teka-teki telah diadakan. Sebagai selingan pendebat-pendebat tingkatan 1 telah membuat persembahan nyanyian yang menyentuh hati untuk para pendebat tingkatan 5. Kemudiannya, permainan kedua telah diadakan iaitu acara meniup belon sampai pecah. Dan seterusnya, giliran pendebat-pendebat tingkatan 2 pula untuk membuat persembahan sketsa yang telah membawa semua pendebat mengenang waktu dahulu. selepas itu, tetamu disajikan dengan persembahan visual kedua.

Majlis pun tamat pada jam 6.30 petang.

No comments:

Post a Comment