Monday 1 February 2010

BIOTEKNOLOGI:)

Bioteknologi adalah salah satu daripada bidang sains yang dapat membantu meningkatkan kualiti hidup manusia dari pelbagai aspek seperti perubatan, makanan, persekitaran dan kesejahteraan secara amnya.

Di antara contoh penggunaan bioteknologi adalah pencapjarian DNA bagi mengesan penjenayah dan mengenalpasti penyakit genetik; penghasilan bahan ubatan seperti vaksin dan penghasilan tanaman transgenik (transgenic crops) dalam sektor pertanian.

Menyedari kepentingan bioteknologi dalam pembangunan negara, Kerajaan telah mengenal pasti bidang ini sebagai salah satu industri utama negara.
Penyelidikan dan pembangunan (R&D)

Terdapat banyak institusi penyelidikan kerajaan dan institusi pengajian tinggi di Malaysia yang menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang bioteknologi.

Pembiayaan
Kerajaan menyediakan beberapa skim pembiayaan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta insentif perniagaan berasaskan bioteknologi kepada sektor industri.

Skim Geran Penyelidikan dan Pembangunan Industri
Program Latihan

Terdapat beberapa program latihan berkaitan bioteknologi yang disediakan oleh institusi penyelidikan kerajaan dan institusi pengajian tinggi awam.

Khidmat Nasihat
Pembangunan industri bioteknologi di Malaysia masih lagi dalam peringkat awal. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi adalah agensi yang memainkan peranan penting dalam pembangunan dan perkembangan bioteknologi negara.

Terdapat juga agensi-agensi Kerajaan dan bukan kerajaan yang menyediakan khidmat nasihat berkenaan industri ini.

Direktorat Bioteknologi Kebangsaan

Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)

Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC)

Pusat Maklumat Bioteknologi Malaysia

Peluang Pelaburan

Kerajaan Malaysia dan Kerajaan-kerajaan Negeri sentiasa mempelawa pelabur dan usahawan dari dalam dan luar negara untuk membangunkan industri bioteknologi di Malaysia.

Bio-IT Centre Selangor

Technology Park Malaysia

Melaka Biotech Synergy

Peluang pelaburan dalam industri bioteknologi



-aizaa azhar

No comments:

Post a Comment